Teylady's Mind
Awan Kasih Part 9
Friday, 14 November 2014 • 02:47 • 0 comments

       Gadis itu duduk di penjuru kamarnya. Membelek-belek telefon bimbitnya lalu mengeluh kecil. Hanna Umairah gagal memohon maaf dalam panggilan pertamanya tadi.

       "Macam manalah aku boleh lupa nak tanya nama dia apa tadi kat Su?!", Hanna bermonolog.

       "Nak call Su lagi ke tak eh? Ee buat segan je"

       "Call je lah ye?", Hanna bergelut dengan perasaannya sendiri.

       Tangannya terus menggapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Suzana.

       "Hello Su, nama abang kau apa ye?", belum sempat si penerima panggilan membalas soalannya, Hanna mengajukan soalan lagi.

       "Weh Su, kalau kau tolong minta maaf bagi pihak aku tak boleh ke eh? Eeee aku tak tenanglah hidup macam ni. Tolonglah aku Su!", Hanna merayu-rayu agar kawannya itu ingin membantunya.

       "Amri Danial bin Muhammad Khalid. I'll forgive you if you go to a dinner with me tomorrow. I'll pick you up at 6pm", talian telefon terus dimatikan. Hanna terkejut. Rupanya bagaikan orang yang baru ternampak hantu, ingin sahaja dia mencampakkan telefon bimbitnya ke lantai.

       "MACAM MANA AKU BOLEH SALAH CALL NI??!!! YA ALLAH MALUNYA!", Hanna menyembamkan mukanya ke katil. Malu yang dirasainya ketika ini, hanya tuhan yang tahu.

       "Dah tu, apahal pulak nak ajak aku pergi dinner bagai?! Mamat ni dah kenapa?", Hanna mengomel sendirian.

....................

       Hanna mengenakan dress lengan panjang labuh bewarna navy blue serta selendang hitam untuk makan malam bersama Amir Danial. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan terdapat mesej baru.
      
       'I'm here. Do I need to come in to greet your mom?' -Annoying AD.

       'No, I'll come out ASAP. Just wait there'.

       "Berlagak betul! Speaking tak habis-habis", Hanna melangkah keluar daripada kamarnya lalu mendapatkan Puan Rosmizah di dapur.

       "Ibu, Hanna pergi dulu ye", Hanna mencium tangan ibunya.

       "Hanna, muka janganlah mencuka macam tu! Tak manis tahu tak!", Puan Rosmizah menegur anak gadisnya itu.

       "Assalamualaikum!!", Hanna sekadar memberi salam. Dia tidak memberi respon atas teguran ibunya tadi.

       "Waalaikumsalam, haih apalah nak jadi dengan budak ni?", Puan Rosmizah bermonolog sendirian.

       Hanna mengatur langkah ke arah kereta Audi A4 di hadapan rumahnya itu. Dia membuka pintu bahagian penumpang lalu memasuki perut kereta tersebut. Amri Danial kelihatan segak mengenakan kemaja berwarna navy blue dengan rayban hitam yang dipakainya ketika pertemuan pertamanya dengan Hanna. Seperti sudah berjanji, mereka memakai pakaian yang sedondon.

       "Assalamualaikum", Hanna sekadar memberi salam dan Amri Danial membalas salamnya itu. Kedua-dua mereka tidak memulakan perbualan, masing-masing sibuk berbicara di dalam hati.

       'Boleh tahan segak juga abang Su ni. Muka pun not bad, tapi kenapalah dia ni annoying sangat?', Hanna mencuri lihat ke arah Amri Danial.

       'Makin cantik pula dia pakai macam ni. Should I praise her? Or not?! Should I or should'nt I?', Amri Danial bermain kata dengan dirinya sendiri. Akhirnya dia memutuskan untuk memuji gadis itu.

       "You look nice tonight. I meant it", Amri Danial memberikan pujian. Kelihatan tenang walaupun hatinya penuh dengan debaran. Ini bukannya kali pertama dia keluar dengan perempuan. Tetapi debaran kali ini berbeza. Mungkinkah dia benar-benar 'sangkut' dengan gadis yang dikatakan bengis ini?

       "Thank you, it's not night yet ya know", Hanna mengukirkan senyuman. Gurauannya itu membuatkan Amri Danial turut tersenyum.

       "Em kita nak makan kat mana ye?", Hanna mengajukan soalan, cuba ingin berbaik dengan jejaka itu.

       "Kedai mamak je", Amri Danial menjawab dengan selamba.

       "Serius ke?! Ya Allah kalau I tahu, I pakai t-shirt je tadi", Hanna mengeluh kecil.

       "Did you expecting for something more?", Amri Danial menahan tawanya, masih berlagak selamba.

       "No! It's just. Em, because you said dinner, I thought you're taking me to a restaurant at least", Hanna menjawab dengan suara yang perlahan. Pandangannya dilontarkan ke luar.

       "Hahahahahahahaha!!", Amri Danial ketawa terkekeh-kekeh. Hanna memandangnya dengan muka yang keliru.

       "Senangnya nak tipu you ni. Takkan lah I nak pakai baju kemja dengan seluar slack macam ni semata-mata nak makan kat kedai mamak je?", Amri Danial membuka cermin mata hitamnya itu.

       "Did anyone ever said to you that you're so annoying?", Hanna menjelingnya dengan jelingan yang tajam.

       "I received that a lot", Amri Danial mula menunjukkan belangnya dengan mengukirkan senyuman nakalnya. Matanya mencuri lihat gadis di sebelahnya itu, namun fokusnya terhadap pemanduan tetap tidak terganggu.

       "Dah sampai!", Amri Danial menjerit kecil seperti kanak-kanak ribena.

       "You solat tak? Kita order makanan dulu pastu I nak solat", Amri Danial mengajukan soalan kepada Hanna sebaik sahaja dia meletakkan keretanya di posisi tempat letak kereta yang betul.

       "I solat, tapi nanti siapa nak jaga meja kita and our foods?"

       "I dah reserved meja. Nanti I suruh pelayan hidang makanan kita bila kita dah habis solat", Amri Danial menerangkan dengan baik sekali.

       "Okay, faham", Hanna mengangguk-angguk tanda faham.

....................

       Kedua-dua mereka sudah menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Menjawab panggilan ilahi itu lebih penting daripada semua perkara.

       "Hm biar I yang belanja malam ni ye! I minta maaf atas sikap I hari tu. I know it's too childish. I'm really sorry", Hanna menundukkan wajahnya. Sejujurnya, dia memang malu dengan sikapnya tempoh lalu.

       "Hey chin up! I nak maafkan you tapi, kalau I maafkan you mesti kita takkan berkawan dah kan? So you need to promise me first yang you sudi untuk jadi kawan I", Amri Danial menongkat mukanya lalu merenung Hanna Umairah, menantikan jawapan daripada gadis itu. Tindakannya itu membuat Hanna tersipu malu.

       "Jangan pandang I macam tu. Yeye, kita kawan okay. So let's eat", Hanna tidak dapat memandang wajah jejaka itu.

       "Okay, I belanja tau", Amri Danial mengukirkan senyuman manis.

       "Tapi..", belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, Amri Danial membuka mulut.

       "Takde tapi-tapi. Please ah, I nak jadi gentleman ni. Jom makan", Amri Danial mula menjamah makanan di hadapannya.

      

      



Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :