Teylady's Mind
Awan Kasih Part 3
Tuesday 27 November 2012 • 16:13 • 0 comments

Sambungan part 3 yoo! Hahaha enjoy!



Pagi-pagi lagi Hanna sudah bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuh dan menyediakan sarapan untuk keluarganya seperti biasa. Memang sudah menjadi rutin hariannya untuk membuat semua kerja rumah di awal pagi. Katanya, fikiran akan lebih lapang bila rumah dalam keadaan bersih dah kemas.

“Adik, bangun dah subuh”, Hanna mengongcang badan Sara untuk mengejutnya.

“Ermm, kejap lah. 5 minit lagi!”, Sara menyengih agar tidak dimarahi akaknya itu.

“Kalau akak keluar bilik air Sara tak bangun lagi, siaplah akak rotan!”, Hanna berlalu pergi ke bilik air.

Lima minit sudah berlalu, Sara bangun daripada katilnya lalu menggosok matanya. Hanna masih lagi tidak muncul.

“Fuh selamat, kalau tak kena rotan macam hari tu”, Sara menarik nafas lega.

“Ha, dah bangun pun! Pergi ambil wuduk lepas tu solat”, Hanna mengukirkan senyuman.

............

“Makan semua, sarapan dah siap!!”, Hanna menjerit daripada dapur untuk memaklumkan bahawa sarapan sudah siap seperti selalu.

“Hihi, hari ni kita makan nasi goring pattaya je”, Hanna menerangkan hidangannya setelah ibunya muncul di muka pintu dapur.

“Takpelah, bersyukur je apa yang ada”, Puan Rosmizah mengenyit matanya lalu menepuk bahu Hanna.

“Air milo kurang gula, lebih milo satu!!”, Liyana mengangkat tangannya seolah-olah sedang memanggil pelayan.

“Eh akak!”, Hanna meluru ke arah kakaknya lalu memeluk Liyana dengan sungguh erat sekali.

“Bila akak balik?”, Hanna melepaskan pelukannya.

“Malam tadi. Hanna dah tidur dah time tu”, Liyana sekadar mengukirkan senyuman tanda gembira dapat melihat keluarganya setelah beberapa minggu dia mengikuti ayahnya ke Pulau Pinang atas urusan pekerjaan.

Oh god, I miss you so much adik-adikku”, Liyana memeluk kedua-dua adiknya.

“Oh maknanya ayah pun dah balik lah ye? Suruhlah ayah turun. Sara rindu ni”, Sara mencebikkan mulutnya.

“Ayah tak boleh balik lagi, urusan kat sana masih belum selesai”, Liyana mengeluh kecil.

“Haa, dah lah jom sarapan. Ibu dah lapar ni”, Puan Rosmizah sudah menunggu di meja makan.

............

“Ibu, Hanna nak keluar kejap nak pergi rumah Suzana. Semalam kata nak datang tapi tak jadi datang. Hari ni dia suruh Hanna pula yang pergi sana”, Hanna tersenyum setelah melihat ibunya mengukirkan senyuman tanda setuju.

“Assalamualaikum bu!”, Hanna melambai-lambaikan tangannya tanpa menoleh kebelakang.

............

Hanna menunggu bas di perhentian bas yang terdekat di rumahnya. Mula-mulanya dia terfikir untuk menyuruh kakaknya untuk menumpangkannya, tetapi atas rasa simpati kepada akaknya yang kelihatan penat sekali, dia mematahkan niatnya.

Fikirannya teringat kepada seorang jejaka yang sekian lama bertakhta dihatinya.

“Hmm, apalah dia buat sekarang ye? Sekolah dah habis memang takde can lah nak jumpa lagi”, Hanna mengeluh panjang. Memandangkan tiada orang di perhentian bas itu, dia berani untuk bercakap seorang diri. Kalau ada orang yang tengok, mesti dia sudah dilabelkan ‘gila’.

............




Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :