Teylady's Mind
Awan Kasih Part 4
Tuesday 27 November 2012 • 21:51 • 0 comments


Sambungan Part 4 yoo! Enjoy!



Bas yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga. Hanna segera menaiki bas tersebut untuk mendapatkan tempat duduk.

‘Haih, malangnya nasib. Penuh gila orang dalam bas ni. Nasib baik rumah Suzana tak jauh sangat’, Hanna mengomel di dalam hatinya.

‘Eh, macam kenal je minah ni’, detik hati seorang jejaka berkaca mata hitam.

‘Apahal lah pakai sunglasses dalam bas mamat ni’, Hanna tersengih menahan ketawa.

‘Tersengih-sengih pula. Terpegun tengok wajah aku yang kacak ni agaknya. Baik jangan layan, nanti dia perasan’, detik hati jejaka itu lagi.

Mereka seperti sedang berbicara antara satu sama lain walaupun tidak mengeluarkan suara. Akhirnya jejaka itu mengajukan soalan kepada Hanna.

“Awak nak duduk tempat saya ni ke? Dari tadi asyik tersengih-sengih je”, jejaka itu memasukkan kedua-dua tangannya di dalam poket seperti seorang yang berlagak.

“Eh, apa dia?”, Hanna terkebil-kebil.

“Saya tanya awak tadi, awak nak duduk sini ke? Dari tadi asyik tersengih-sengih macam kerang busuk”, jejaka itu mencebikkan mulutnya.

‘Eh, mamat ni berlagak gila. Siapa tah nak duduk dekat tempat dia tu. Aku lebih sanggup berdiri okay!’

“Hmmm tak apa lah encik. Saya lebih selesa berdiri. Lagipun, saya tersengih-sengih bukannya sebab nak duduk”, Hanna mengalih pandangannya ke luar tingkap. Daripada dia pandang mamat tu, lebih baik pandang pemandangan di luar tingkap. Tenang sikit fikiran.

Mereka berdua berdiam diri. Akhirnya bas yang mereka naiki itu sampai ke perhentian kedua. Jejaka itu segera bangun dan bergerak ke pintu belakang bas tersebut. Hanna langsung tidak mengeling ke arah jejaka itu. Hanna terus melabuhkan punggungnya di tempat duduk yang diduduki jejaka tadi.

‘Eh, tadi aku punyalah dalam hati kata tak nak duduk tempat dia. Haha lantaklah, dia pun dah bla’, Hanna mengomel didalam hatinya.

‘Lambatnya nak sampai perhentian ketiga’, bas yang dibawa dengan kelajuan sederhana itu tiba-tiba sahaja berhenti menandakan sudah tiba di perhentian ketiga. Hanna segera mengatur langkahnya untuk keluar daripada bas tersebut. Namun, langkahnya terhenti setelah melihat jejaka tadi sedang memeluk tubuh di hadapan pintu belakang yang dikhaskan untuk penumpang keluar.  

“Heh, tak nak duduk konon. Orang bangun baru sekejap, terus aje dia duduk dekat situ”, jejaka itu mencebikkan bibirnya tanda mengejek.

“Eh, saya ingat awak dah turun dah”, Hanna cuba untuk mempertahankan dirinya. Mana boleh dia kena ejek dengan orang yang tidak dia kenal.

“Saya turun perhentian ketiga ye, bukan kedua”, sekali lagi jejaka itu mencebikkan bibirnya.

Disebabkan mereka leka berborak, bas itu tiba-tiba sahaja bergerak. Pemandu bas tersebut menyangka bahawa semua penumpang yang hendak turun di perhentian ketiga sudah turun kesemuanya sekali.

“Eh pakcik, saya belum turun lagi”, Hanna segera memanggil pemandu bas itu dengan nada suara yang agak kuat. Tambahan lagi, Hanna spontan menunjukkan tapak tangannya sebagai tanda untuk menyuruh pemandu bas itu berhenti. Semua mata tertumpu kepadanya pada ketika itu. Ada juga yang tertawa kecil melihat aksi Hanna itu.

“Errr maafkan saya”, Hanna menundukkan kepalanya seperti orang Japan untuk menutup mukanya yang sudah merona merah akibat menahan malu.

‘Ini semua mamat poyo ni punya pasal! Kalau dia takde, dah lama aku turun’, Hanna mengutuk-ngutuk jejaka itu di dalam hatinya.

“Lain kali keluar cepat sikit ye”, pemandu bas itu hanya mengukirkan senyuman.

“Terima kasih pak cik!”, Hanna segera turun daripada bas tersebut diikuti dengan jejaka itu.

“Tak malu ke tadi awak buat sampai macam tu sekali?”, jejaka itu menayangkan mukanya yang tidak bersalah.

“Ini semua sebab awaklah!”, Hanna menjeling jejaka itu lalu segera beredar.

“Marah Nampak. Hehehe”, jejaka itu tersengih sambil membuka kaca mata hitamnya.

‘Nur Hanna Umairah’, detik hati kecil jejaka itu.

............


“Assalamualaikum, Suzana! Oh Su!”, Hanna memberikan salam lalu mengetuk daun pintu rumah bangle setingkat itu.

“Yeye, kejaplah cik Hanna oi”, Suzana terkedek-kedek seperti mak cik tua ke arah daun pintu. Dikuaknya daun pintu tersebut.

“Hang tak mandi lagi ye Su? Dengan sanggul macam orang dalam pantang lagi hah”, Hanna bercekak pinggang. Gayanya seperti seorang ibu yang sedang memarahi anaknya.

“Haish kau ni kan garang mengalahkan mak aku sendiri”, Suzana mencebikkan bibirnya lalu menjemput Hanna masuk ke dalam rumahnya.

“Kau jangan nak cebik-cebik bibir dengan aku ye! Dah puas aku tengok orang cebik-cebik bibir dengan aku tahu tak?!”, Hanna mendengus.

“Kau ni kenapa marah sangat ni? Cuba cerita dengan aku sikit”, Suzana cuba menenangkan perasaan sahabat karibnya itu.

Hanna lalu mencerita segalanya kepada Suzana. Tidak terkurang satu informasi pun! Daripada A hingga Z semuanya sudah diluahkan.

“Hah, lega sikit marah aku dah cerita dekat kau”, Hanna menarik nafas lega.

“Chill lah Han”, Suzana terkekeh-kekeh ketawa setelah mendengar cerita sahabatnya itu.

“Kau ni kenapa ketawa-ketawa? Aku hempuk dengan majalah ni kang?”, Hanna menggulung majalah Wanita itu seperti seorang gangster yang hendak memukul mangsanya.

Gelak tawa mereka terhenti setelah pintu rumah diketuk bertalu-talu. Kedengaran seperti suara orang lelaki sedang memberikan salam.

“Eh, abang aku dah balik dah”, Suzana segera bangun. Hanna membetulkan tudungnya yang berserabut akibat bergusti ‘kecil’ dengan Suzana sebentar tadi.

“Kawan adik datang ke? Yang mana satu?”, abang Suzana mengajukan soalan kepada adiknya setelah melihat ada kasut gadis dihadapan rumah mereka.

“Ha’ah. Hanna bang. Kenapa?”, Suzana menggaru kepalanya yang tidak gatal tanda bingung. Tidak pernah pula sebelum ini abang dia bertanya soal kawan-kawannya yang datang ke rumah sebelum ni.

“Mana dia sekarang?”, abangnya tidak menjawab, malah bertanyakan lagi satu soalan.

“Dekat tandas kot”, Suzana menjawab ringkas.

     “Su, tandas kau...”, Hanna tidak sempat untuk menghabiskan ayatnya. Dirinya terasa kaku. Lelaki yang sedang berdiri di sebelah sahabatnya itu adalah jejaka yang ditemuinya di dalam bas tadi. Jadi, itu maknanya lelaki tersebut adalah abang kepada sahabat karibnya!

    ............


Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :