Teylady's Mind
Awan Kasih Part 1
Friday 16 November 2012 • 02:56 • 0 comments


Hello Assalamualaikum. Semoga anda seronok membaca cerita saya ye? Teehee





Daun berguguran di tanah semakin banyak akibat angin  bertiup dengan agak kencang malam kemarin. Hanna sedang asyik menyapu halaman rumahnya setelah selesai menyediakan sarapan untuk keluarganya.  Tiba-tiba ibunya memanggil,  Hanna segera meletakkan penyapunya di tepi dinding rumahnya dan segera mendapatkan ibunya.

“Hanna, adik kamu demam ni. Apa kita nak buat ni? Demam dia panas sangat”, Puan Rosmizah kelihatan cemas.
“Sabar bu, Hanna cuba call abang Pian. Mana tahu dia boleh tolong hantarkan kita ke klinik”, Hanna segara meninggalkan ibunya dan berlalu ke biliknya untuk mengbungi sepupunya, Safian Deen. 
“Hello Assalamualaikum abang Pian, Hanna nak minta tolong ni, Sara demam panas nih tak ada siapa kat rumah yang boleh tolong hantar di ke klinik. Abang Pian ambil kitaorang boleh tak” 
“Huish, lajunya Hanna cakap dah macam machine gun. Okay abang datang sekarang eh?”
“Terima kasing bang. Assalamualaikum”, Hanna meletakkan ganggang telefon dan kembali ke ibu dan adiknya. 
“Ibu siap-siap eh, abang Pian on the way”
“Okay, Hanna tengok-tengokkan kejap Sara ni, risau pula ibu dengan dia ni”, Puan Rosmizah segera mengenakan tudungnya namun tetap kemas dan sedap mata memandang.
“Assalamualaikum Mak Lang. Marilah kita bertolak sekarang.”, Safian mencium tangan mak ciknya itu lalu membukakan pintu untuk memudahkan mak ciknya yang sedang menggendong Sara.
“Terima kasih Pian, mak lang hargai sangat pertolongan Pian”
“Tak ada apa lah mak lang, lagipun Pian kan cuti hari ni. Hanna tak ikut sekali ke mak lang?” 
“Tak mahu katanya, lagipun kawan Hanna nak datang kejap lagi.”
“Oh tak apa lah kalau macam tu”
“Mak cik bagi dia makan ubat ini sampai habis ye? Antibiotik habiskan walaupun dah sihat. Sara jangan degil ye? Makan ubat!” Doktor Aira  lalu mengenyitkan matanya kepada Sara.
“Baik doktor!”, Sara lalu mengukirkan senyuman. Kepalanya terasa berat dan tidak bermaya. Sudah lama dia tidak mengalami demam panas seperti itu. 
“Sara nak abang gendong Sara ke?” Safian memegang tangan adik sepupunya yang baru berusia 2 tahun setengah itu.
“Erm!” , Sara menganggukkan kepalanya tanda setuju. Safian menggendong adik sepupunya hingga ke tempat parking kereta. 
“Sara duduk elok-elok kat belakang ni ye? Nak baring pun tak apa.”
“Terima kasih sekali lagi ye Pian.” Puan Rosmizah mengesat air matanya yang hampir mengalir. Mungkin dia terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Safian terhadap anak bongsunya itu.
“Mak lang janganlah macam ni, kita kan sekeluarga. Jom lah kita balik.”
Kereta Toyota Camry milik Safian laju meninggalkan klinik tersebut. 
“Assalamualaikum, Hanna! Ibu dah balik ni.”, Puan Rosmizah mengetuk pintu rumah bertalu-talu namun Hanna masih tidak muncul lagi.
“Aik, mana pula budak ni pergi?”
“Dia pergi berjalan dengan kawan dia kut mak lang?”, ujar Safian sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Belum sempat dia hendak mendail, bahunya terasa dicuit.
“Assalamualaikum, maaf Hanna kat belakang rumah tadi, cabut rumput. Panjang sangat dah rumput kat belakang tu”, Hanna tersengih-sengih melihat riak muka abang sepupunya yang terkejut akibat dicuit daripada belakang. Safian memang cepat terkejut, mujur tidak ada sakit jantung. 
“Haip! Terkejut lah abang Hanna cuit macam tu. Lain kali bagi lah salam.”
“Eh, kan Hanna dah bagi salam tadi sebelum bercakap?”, sengihan Hanna kini makin menjadi-jadi. Seronok sungguh menyakat sepupu rapatnya itu.
“Haish budak ni kan!”, Safian semakin geram lalu mencubit pipi Hanna sampai terjerit-jerit gadis itu”
“Hey! Mana boleh sentuh-sentuh!”
“Siapa suruh buat abang marah tadi? Padan muka pipi dah macam pakai blusher”, Safian menjelirkan lidahnya untuk menyakitkan lagi hati Hanna.
“Tak apa lain kali Hanna balas!”, Hanna menoleh ke arah pintu, masih berkunci seperti tadi.
“Eh mana ibu?!”, Hanna semakin gelisah melihat ibunya sudah tiada.
“Ibu dekat sini hah!”, tempik Puan Rosmizah dari pondok kecil di bawah pohon mangganya itu.
“Itulah, penat ibu tunggu Hanna buka pintu. Dah habis dah bertekak? Macam kucing dengan tikus kamu berdua ni”, Puan Rosmizah mengeluh namun sedikit pun dia tidak kesal dengan sikap Hanna dan Safian. Dia lebih gemar melihat mereka seperti itu. 
Hanna Umairah merupakan anak ketiganya daripada empat orang adik beradik. Anak keduanya, iaitu abang kepada Hanna meninggal dunia lima tahun yang lepas sewaktu Hanna berusia 13 tahun. Kehilangan Fikri Hasnal amat menyedihkan mereka sekeluarga terutamanya Hanna. 
“Abang, janganlah pergi kerja hari ni. Duduklah kat rumah, Hanna rasa tak sedap hatilah”, Hanna merengek kepada abang kesayangnya itu.
“Hanna, kalau abang tak kerja, nanti Abah marahlah. Nanti gaji abang kena potong, tak boleh dah nak belikan Hanna apa-apa”, Fikri mengusap kepala adiknya itu. Hatinya juga rasa tidak sedap, namun dia tetap kuatkan hatinya untuk pergi kerja pada hari itu.
“Abang pergi dulu ye? Hanna belajar rajin-rajin ye? Balik nanti abang tolong Hanna buat kerja rumah”, Fikri berlalu meninggalkan adiknya.
Hanna melihat kereta abangnya pergi meninggalkan perkarangan rumah. Hatinya gelisah dan tidak terteram. Dia hanya mampu berdoa agar abangnya dilindungi Allah.



Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :