Teylady's Mind
Awan Kasih Part 2
Tuesday 20 November 2012 • 01:48 • 0 comments


Halooo, ini sambungan kedua. Enjoy!



Hanna melihat kereta abangnya pergi meninggalkan perkarangan rumah. Hatinya gelisah dan tidak terteram. Dia hanya mampu berdoa agar abangnya dilindungi Allah.

Hanna meletakkan kepalanya di atas kusyen sofa yang agak empuk. Beberapa kali dia cuba melelapkan matanya namun tetap juga tidak boleh. Dia masih menunggu kepulangan abangnya. Kenapa abang tidak balik lagi? Kenapa abang tidak hubungi aku seperti selalu? Pelbagai soalan bermain di mindanya.

Deringan telefon menandakan panggilan masuk membuatkan dada Hanna semakin berdebar-debar. Fikirannya tidak tenteram, pelbagai soalan yang tidak baik bermain dimindanya, dia terlalu khuatir dengan keadaan abangnya.

“Hello Assalamualaikum bu”, Hanna menjawab panggilan daripada ibunya dengan harapan ibunya tidak akan menyampaikan apa-apa berita yang buruk kepadanya.

“Hanna, siap-siap ye? Abang long nak bawa kita semua dinner malam ni. Cakap kat kakak kamu sekali ye? Ibu dalam perjalanan nak balik ke rumah ni.”,

“Ok bu”, Hanna mengukirkan senyuman setelah mendengar ungkapan ibunya itu.

“Cepat sikit”, Puan Rosmizah mematikan telefonnya. Dia perlu memberikan tumpuan semasa memandu.

“Haih aku ni yang fikir negative sangat. Astaghfiruallahalazim”, Hanna beristighfar untuk menenangkan mindanya. Dia kembali senyum setelah melihat panggilan daripada abangnya.

“Abang! Abang kat mana? Abang nak belanja kita semua makan malam eh? Eeee seronoknya”

“Haha, ibu dah kasi tahu Hanna ye? Pakai lawa-lawa tahu! Kita ambil gambar banyak-banyak malam ni”, Fikri semakin leka melayan adiknya di telefon sewaktu memandu. Dengan kelekaannya itu, dia tidak perasan bahawa dia telah melanggar lampu isyarat. Sudah suratan takdir, sebuah lori melanggar keretanya dan menyebabkan keretanya tercampak di bahu jalan.

“Bammmmmmmm!!”

“Hello abang! Bunyi apa tu?”, soalan Hanna tidak terjawab.

“Abang! Abang!! Abang!!!!!”, Hanna terus memanggil abangnya namun masih tiada jawapan.

“H..Hanna, maafkan abang. A..A..Abang tak dapat makan malam dengan Hanna. 
A..A..Abang sayang Hanna sangat tahu..erghh. Allah!!”, Fikri mengerang kesakitan, hanya tuhan yang tahu betapa peritnya sakit yang dirasainya ketika itu.

“A..Abang. Abang!!! Abang jawab Hanna bang! Abang!!” , telefon bimbitnya terlepas daripada genggamannya, Hanna terjelopok di lantai. Badannya terasa sangat lemah. Puan Rosmizah segera menghampiri Hanna dan memeluk anak gadisnya itu.

“Hanna, kenapa ni sayang?”, Puan Rosmizah memeluk erat anaknya itu, sedih hatinya melihat anaknya menangis teresak-esak seperti itu. Hati ibu mana yang tidak tersentuh melihat anaknya sedang berduka.

“Abang long bu..Abang long kemalangan”, esakan Hanna semakin menjadi-jadi.

“Ha? Hanna cakap apa ni?”, Hanna tidak sempat menjawab soalan ibunya, penglihatannya kabur. Dia pengsan di sisi ibunya.

“Hoi, dia ni kan! Orang cakap dengan dia, dia pergi mengelamun tak ingat dunia”, Safian menghentikan lamunan Hanna.

“Hee sorry. Hanna teringat dekat arwah Abang long. Terubat juga rindu dekat dia bila jumpa abang Pian.”, setitis demi setitis air matanya jatuh berderai. Sebak yang dirasa didadanya masih sama, tidak berkurangan walaupun sekelumit. Puan Rosmizah juga mengalirkan air matanya.

“Hanna, yang pergi jangan ditangisi. Abang pasti, arwah Abang long mesti tak suka kalau tengok Hanna macam ni.”, Safian semakin dibelenggu rasa bersalah. Dia memang tidak tahu bagaimana untuk memujuk wanita.

“Erm, Hanna dah redha lah. Cuma rasa sedih tu masih ada. Ibu, jom lah kita masuk. Abang Pian, jom singgah? Hanna buatkan air”, Hanna mengesat air matanya lalu menarik lengan abang sepupunya itu.

“Bang, terima kasih ye? Hanna rasa gembira sangat bila abang ada kat sisi Hanna. Hanna rasa macam Abang long ada dekat sisi Hanna.”, sebuah senyuman terukir di pipinya.

Merah padam pipi Safian, lidahnya kelu tidak dapat berkata apa-apa lagi. Namun, dia tidak ingin kelihatan seperti sedang menahan malu, dia memberanikan diri untuk membuka mulutnya.

“Hek eleh, sudah lah tu. Pang nak? Sedih tetiba macam ni!”, Safian mengukirkan senyuman lalu mencubit lengan sepupunya itu.

............


Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :