

|
Awan Kasih Part 8
Thursday, 13 November 2014 • 19:04 •
0 comments Assalamualaikum! Enjoy reading! Suasana waktu pagi sangat menyegarkan dan sangat sesuai untuk melakukan aktiviti bersenam seperti jogging. Suzana dan Amri Danial bercadang hendak bersenam bersama-sama di Taman Metropolitan. "Su, cepatlah sikit! Nanti panas dah tak seronok nak lari", Amri Danial memecahkan kesunyian di pagi hari itu. "Awalnya keluar, nak pergi mana ni?", Puan Mashitah menonjolkan kepala dari pintu dapur. "Ibu, Am dengan Su nak pergi jogging kat Taman Metropolitan", Amri Danial menghampiri Puan Mashitah lalu mengucup dahinya. "Amboi, Su nak monopoli abang dia sorang-sorang ye", Puan Mashitah mencubit pipi anak lelakinya. Melayannya seperti anak kecil, namun Amri Danial membiarkan ibunya melayannya sebegitu rupa. "Eee sorry sikit, dia yang ajak Su ye", Suzana menjawab sambil menuruni tangga. "Dah lah, hati-hati bawa kereta tu", Suzana dan Amri Danial mencium tangan Puan Mashitah lalu beredar pergi. .................... "Su, abang nak nombor telefon Hanna Umairah tu boleh tak?", Amri Danial memulakan perbualan sambil kaki mereka mengorak langkah di atas trek larian. "Ha? Abang nak buat apa dengan nombor telefon dia?", Suzana menjawab soalan abangnya dengan soalan. "Saja je, nak simpan. Tak boleh?", Amri Danial menjawab dengan selamba. "Abang syok dengan dia eh?!", Suzana menanyakan soalan cepu emas dengan muka yang terkejut. "Ish manede!", Amri Danial menidakkan andaian adiknya itu. "I can see the truth from your eyes, brader!", Suzana mengukirkan senyuman nakal. "Tak nak abang! Dah lah bengis macam singa. Abang bukannya nak cari makwe, abang nak cari bakal isteri", Amri Danial tersengih sendiri ketika mengucapkan perkataan 'bakal isteri'. "Tulah, abang bukannya muda lagi", Suzana mengangguk-anggukkan kepalanya. "Hey please lah, I'm still young okay. Twenty-two years old, tapi orang still fikir abang ni seventeen years old", Amri Danial ketawa sendiri sementara Suzana membuat muka jengkel. "Tak payah nak perasan lah! Tapi bang, Hanna tu tak ada lah bengis mana. Dia macam tu bila dengan orang yang kasi first bad impression kat dia je", Suzana membela rakan karibnya itu. "So, Su setuju lah ni kalau abang berkenan dengan Hanna tu?", Amri Danial mengukirkan senyuman nakal. "Su tak kisah. Buat apa Su nak kisah?", Suzana ketawa kecil. "Tapi kalau abang nak tackle dia, baik cepat! Susah nak tawan hati dia tu. Hanna tu kalau ada crush kat sesiapa pun, dia tak pernah serius sangat", Suzana menerangkan mengenai rakan karibnya itu. "Adik tak kenal abang lagi", Amri Danial mengukirkan senyuman nakal lalu Suzana membuat jelingan menyampah. "We'll wait and see", Suzana mencabar abangnya. .................... Sebulan telah berlalu daripada kejadian adegan tarik menarik antara Hanna Umairah dan Amri Danial. Hanna teringat kembali akan sikapnya pada hari itu. Malu. Dia malu dengan sikap kebudak-budakkannya itu. Disebabkan egonya yang tinggi, dia tidak mahu kalah dengan lelaki yang belum dikenalinya dengan lebih dalam. "HANNA gaduh dengan abang Su ye tadi?", Puan Rosmizah mengajukan soalan setelah anaknya itu selesai menunaikan solat isyak. "Bila ibu masuk?", Hanna tidak menjawab soalannya, malah mengajukan soalan lain. "Kamu jangan cuba nak tukar topik pula ye. Jawab soalan ibu tadi", Puan Rosmizah menginginkan jawapan daripada anak gadisnya itu. Suaranya yang tegas membuatkan Hanna sedikit mengeluh kecil. "Mana ada gaduh. Kitaorang bergurau je", Hanna menidakkan perbuatannya. "Kalau korang bergurau, kenapa dia terus je keluar? Tak makan, tak minum! Tak sampai dua minit pun dia masuk tau. Hanna tak kesian ke? Kenapa layan tetamu macam tu?", Puan Rosmizah berleter panjang. "Bu, esok lah kita cakap pasal ni", Hanna mengeluh lagi. "Yang penting sekarang, ibu nak Hanna minta maaf dengan dia. Ibu tahu, dalam situasi ni you yang salah, not him", Puan Rosmizah tegas mengarahkan anak gadisnya itu untuk memperbaiki keadaan lalu beredar keluar dari kamarnya. "Kak Na! Kak Na! Kak Hanna!!!", Sara hampir menjerit untuk menyedarkan Hanna daripada lamunannya. "Ye sayang, nak apa?", Hanna terus memeluk tubuh kecil adiknya itu. "Kak Na ni! Penat Sara panggil. Akak kenapa?", Sara mencebik mulutnya. "Akak mengelamun tadi. Alololo janganlah cebik mulut macam tu, tak comel dah!", Hanna mencubit pipi gebu Sara. "Biarlah!", Sara terus mencebikkan mulutnya. Tanda protes. "Hm kalau macam tu Kak Na tak naklah belanja ice-keyem peberet Sara", Hanna melepaskan pelukannya. "Ala ala ala! Okay okay Sara tak cebik mulut dah", Sara terus memeluk kakaknya lalu mencium pipi Hanna. "Oh kena rasuah baru jalan ye", Hanna dan Sara ketawa terkekeh-kekeh. Dalam tawanya, Hanna masih dibelenggu rasa bersalah akan sikapnya tempoh hari terhadap Amri Danial. 'Aku kena minta maaf hari ni juga!', detik hati kecil Hanna. .................... Suzana sedang asyik melayan drama Korea kegemarannya melalui komputer ribanya. Pelakon utama lelaki drama tersebut sangat kacak pada matanya sehingga dia rasa seperti dibuai cinta. Cinta yang bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak tahu akan kewujudannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia terus memberhentikan seketika drama Korea tersebut. "Hello Assalamualaikum?", Suzana memberikan salam terlebih dahulu. "Waalaikumsalam, Su aku nak minta nombor telefon abang kau boleh tak?", soalan Hanna itu mengejutkan Suzana. 'Hai, diaorang ni suka sama suka ke apa?', detik Suzana di dalam hatinya. "Su, asal kau diam? Kau jangan fikir bukan-bukan ye! Aku nak minta maaf je kat dia", Hanna seperti boleh membaca fikiran Suzana. "Minta maaf for what?", Suzana meneruskan perbualan. "For what happened a month ago", Hanna membalas dengan jujur. "Aku rasa dia dah lupa dah doh pasal benda tu" Suzana membuat andaian. "Tapi aku tak lupa dan aku tak tenang!", Hanna meluahkan perasaannya. "Okay, nanti aku whatsapp kau nombor telefon dia eh?" "Okay, thankyou", Hanna mematikan talian telefon. .................... Amri Danial yang sedang leka melukis potret di dalam kamarnya dikejutkan dengan teriakan adik bongsunya. "Abang! Hanna nak call abang!", Suzana kelihatan sungguh teruja. "So what?", Amri Danial tidak menoleh ke arah adiknya. Dia memang seorang yang sungguh fokus apabila melakukan sesuatu perkara. "So what?!! Abang ni serius ke tak nak jadikan dia kakak ipar Su?! Tak kisahlah! Kalau dia call nanti jangan cari gaduh pula!", Suzana terus keluar daripada kamar abangnya. "Siapa yang cari gaduh dulu?! Ish", Amri Danial mendengus marah. Tidak sampai lima minit, telefon bimbit Amri Danial berbunyi. Di skrin telefon bimbitnya terpapar nama pemanggil, "Lady Lion". "Hello?", Amri Danial mengangkat telefon, menanti balasan di hujung talian. "Hello", hanya sepatah yang dibalas oleh Hanna. "Ye, nak cari siapa?", Amri Danial berpura-pura tidak mengetahui siapakah pemanggil tersebut. "Err, takpelah saya salah nombor rasanya", talian telefon terus dimatikan. "Apahal lah perempuan ni", Amri Danial ketawa terkekeh-kekeh. Nampaknya hatinya semakin terpaut dengan gadis itu. |
Disclaimer
No harsh word please ! ![]() Tagboard
Shout out loud ! ![]() A.K
Awan Kasih ![]() 4 Credit Card
Big clap for them... ![]()
![]() Picture take from : ![]() Linkies code : ![]() Big Helped : ![]() |