Teylady's Mind
Awan Kasih Part 7
Tuesday, 11 November 2014 • 10:31 • 0 comments

Assalamualaikum! Post kali ni pun di update melalui phone. Maaflah kalau ada kesilapan ejaan ke apa ye.

       Angin bertiup kencang dan langit kelihatan suram. Jalan raya semakin sesak dengan kenderaan. Waktu petang ialah waktu kemuncak di jalan raya kerana ramai orang hendak pulang ke rumah setelah seharian mencari rezeki.

       Safian Deen sedang asyik melayan lagu kegemarannya yang dimainkan di corong radio. Tangannya mengetuk-ngetuk stering kereta seiring dengan rentak lagu tersebut. Safian Deen memang merupakan seorang yang ceria dan tak mudah tertekan.

       Tiba-tiba telefonnya berdering menyebabkan dua rentak lagu yang berbeza bercampur aduk. Safian Deen memperlahan radionya dan mengangkat telefon bimbitnya, lalu memakai earpjone di cuping telinga kirinya sebagai langkah keselamatan.

       "Assalamualaikum abang encem", gadis itu ketawa kecil di hujung ayatnya.

       "Waalaikumsalam, ha nak apa kacau orang petang-petang macam ni?", Safian Deen menjawab salam lalu bercakap dengan nada suara yang serius.

       "Amboi, jual mahalnya abang ni", gadis itu ketawa kecil lagi. Sudah terbiasa dengan sikap Safian Deen. Sudah masak benar dengan sifat suka berguraunya.

       "Ye awak. Awak nak apa ni?", Safian Deen tersengih, melayan rentak perbualan sepupunya itu.

       "Abang Pian, esok kitaorang ada buat makan-makan sikit tau. Bagi tahu mak ngah dengan pak ngah sekali. Ha! Kak Sofia sekali! Datang tau!", terang Hanna Umairah menjawab soalan Safian Deen.

       "Ha okay, esok abang satu keluarga datang inshaAllah", Safian Deen membalas ringkas.

       "Okay Assalamualaikum", Hanna Umairah mematikan talian terlebih dahulu.

....................

       Beberapa orang tetamu telah hadir ke majlis kecil-kecilan yang diadakan oleh Puan Rosmizah dan suaminya Encik Ruzaini Syukur sebagai tanda kesyukuran atas rezeki pemberian Allah. Encik Ruzaini berjaya mendapatkan projek di Italy yang bernilai hampir 1.2 juta. Setiap kejayaan yang diperolehnya kini sangat bermakna kepada dirinya kerana beliau telah merasai betapa peritnya hidup dalam kemiskinan. Namun, setelah menjadi seorang yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi, beliau tidak pernah meninggi diri kerana beliau tahu, hidup ini adalah seperti roda, "what goes around, comes around".

       "Assalamualaikum pakcik, makcik. Hanna mana cik?", Suzana memberi salam lalu menggapai tangan Puan Rosmizah.

       "Ada kat dalam. Ni siapa ni? Pakwe kamu ke?", soal Puan Rosmizah setelah melihat seorang lelaki yang berpakaian kemas dan segak dibelakang Suzana. Senyuman lelaki itu dibalasnya dengan senyuman. Lelaki itu bersalaman dengan Encik Ruzaini.

       "Eh mana saya ada pakwe mak cik! Ni abang saya. Kenalkan, Amri Danial", Suzana memperkenalkan abangnya kepada Puan Rosmizah. Amri hanya tunduk sebagai tamda hormat.

       "Oh jemputlah masuk. Makan layan diri ye", Puan Rosmizah mengukirkan senyuman di hujung ayatnya.

....................

       "Hanna, ada apa-apa yang nak abang tolong ke? Adik mana?", Safian Deen menghampiri sepupunya itu daripada belakang lalu menyebabkan sepupunya itu terkejut lalu melatah kecil.

       "Hai, sejak bila pandai melatah ni?", Safian Deen ketawa terkekeh-kekeh melihat aksi sepupunya itu.

       "Ish, suka terkejutkan orang macam tu! Ingatkan lelaki mana lah tadi macam nak back hug orang! Nasib baik orang tak ada sakit jantung", Hanna Umairah membebel mengalahkan makcik-makcik.

       "Eee siapa je nak back hug dia?", Safian Deen mengangkat keningnya.

       "Ingat orang nak sangat ke back hug dia. Pui!", Hanna Umairah membalas dengan ayat yang membuat hati lelaki itu panas.

       "K fine!", Safian Deen berlalu pergi dengan muka yang mencuka. Hanna tidak membuntutinya untuk mengejarnya, sebaliknya dia berlalu mendapatkan Suzana.

       "Su! Lambatnya kau datang", Hanna Umairah segera menarik lengan kanan Suzana lalu membawanya pergi tanpa menghiraukan kewujudan abang Suzana.

       "Weh Su, janganlah tinggalkan abang", Amri Danial segera menarik lengan kiri Suzana. Adegan tarik menarik terjadi di ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.

       "Lepaskan", Hanna menjeling Amri dengan jelingan yang tajam.

       "Lepaskan", Amri mengulang perkataan yang sama dengan muka yang tenang namun menjengkelkan pada pandangan Hanna. Beberapa tetamu memerhati gelagat mereka berdua yang menjadikan Suzana sebagai mangsa.

       "Abang Am? Hanna? Janganlah macam ni, malulah!", Suzana bersuara seperti berbisik.

       "Perempuan gila", Amri melepaskan tangan Suzana lalu beredar pergi.

       "Abang tunggu kat kereta", Amri bercakap tanpa menokeh kebelakang.

       "Dia panggil aku apa tadi?!", Hanna mendengus. Suzana segara menenangkan rakannya itu. Safian Deen turut menghampiri mereka.

       "Asal ni?", soal Safian Deen, panik melihat muka adik sepupunya itu. Soalannya itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.

....................

       "Abang Am tak suka sangat ke dengan si Hanna tu?", Suzana terus menanyakan soalan itu setelah kereta Audi A4 yang dinaikinya meluncur pergi dari kediaman Hanna Umairah.

       "Ingatkan sweet, sopan macam yang Su selalu cerita. Habis hancur musnah harapan abang", Amri Danial mengeluh kecil.

       "Harapan apa", Suzana kebingunan.

       "Takde apa lah", Amri Danial mengukirkan senyuman nakal kepada adiknya.



Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :