

|
Awan Kasih Part 6
Monday, 10 November 2014 • 00:25 •
0 comments Assalamualaikum, minta maaflah ye kalau post kali ni dan post akan datang tak berapa nak cantik, tak berapa nak kemas. Saya update pakai handphone je ni ha. Leceh tapi niat nak menghabiskan cerita yang tak seberapa ni ada. So redah je lah eh? "Su, kau dah fikir dah kau nak apply Universiti mana and kau nak ambil kos apa nanti? Kepala aku dah naik pening fikir pasal benda ni", panjang lebar pertanyaan yang diajukan oleh Hanna kepada rakannya Suzana yang sedang menutup muka pintu biliknya sambil membawa sebuah dulang berisikan makanan dan minuman. "Apa kata kau kasi aku duduk dulu? Nah, tolong ambil dulang ni, letak kat atas meja kecil tu", jawab Suzana lalu menghulurkan dulang yang penuh itu kepada Hanna. "Aku nak ambil cawan kejap ye", ujar Suzana lalu keluar daripada biliknya. Hanna hanya diam dan mengangguk. Pintu bilik dikuak semula, Suzana muncul dengan dua buah cawan di tangannya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Hanna lalu serta merta menjawab pertanyaan Hanna sebentar tadi. "Aku pun tak pasti sangatlah nak ambil kos apa. Aku ingat nak ambil kos Science and Mathematics macam Kak Ina", jawab Suzana. "Ha, apa kata kau ambil kos yang sama dengan Shahir?! Mohon Universiti yang sama dengan dia. Mana tahu, bila selalu dekat, jodoh korang bertambah kuat?", ujar Suzana sambil mengangkat keningnya persis orang yang baru memberikan idea yang bernas. "Kau pergi Universiti nak belajar ke nak cari jodoh?", balas Hanna dengan muka yang mencuka. "Alaa, aku bergurau je. Tapi kan, aku tertanya-tanya ni, kau masih suka lagi ke kat dia?", soal Suzana kepada Hanna. "Kau tahu kan aku tak pernah serius suka mana-mana lelaki. Perasaan aku kat dia dah kurang dah pun", balas Hanna dengan selamba. "Tapi kau suka dia lama lah juga, nak dekat dua tahun kan?", soal Suzana. "Dia lain sikit daripada lelaki yang aku suka sebelum ni, dia layan aku biasa je walaupun lepas dia tahu aku suka dia. Senang kata, aku dengan dia banyak kenangan yang dah tercipta. Kau ingat lagi tak masa dia kejar aku pakai penyapu tu? Semuanya semata-mata sebab aku ejek nama Facebook dia. Padahal dia ejek aku punya lagi teruk.", terang Hanna secara panjang lebar sambil tersengih-sengih kerana mengimbas kembali kenangan lama. "Hanna, kau nak move on sebab benda tu ye? Kau dengan dia still contact each other ke tak? Hanna, kalau kau sedih jangan pendam sendiri, ceritalah kat aku. Aku boleh jadi dinding mendengar luahan hati kau", ujar Suzana dengan nada yang serius lalu menggenggam tangan sahabatnya itu. "Eish, aku okay je lah! Kau ingat ni cinta sejati aku ke? Semua ni cinta monyet je lah. Tapi benda tu pun salah satu faktornya juga, buat apa nak menagih kasih daripada orang yang hatinya telah dimiliki orang lain?", balas Hanna sambil mengukirkan senyumannya yang manis. "Hanna......", belum sempat Suzana hendak menghabiskan ayatnya, Hanna mencelah. "Weh Su, biskut kau ni sedaplah, dah banyak aku makan dari tadi. Mana kau beli?", soal Hanna hendak mengubah topik perbualan mereka. Sesungguhnya, walaupun cintanya hanya cinta monyet, hati Hanna Umairah tetap terguris dengan kenyataan bahawa ternyata Shahir Haizad menyukai kawan baiknya sendiri, Maria Adilla. "Oh! Itu abang aku yang beli masa dia pergi bercuti kat Singapore dulu dengan kawan-kawan dia", balas Suzana lalu mengambil sekeping biskut coklat berserta cip coklat putih di atasnya untuk dijamahnya. "Ala jauhnya Singapore, dekat Malaysia takde jual ke?", Hanna mencebik mulutnya seakan-akan kecewa. "Ha! Cakap pasal abang aku, kau pasti ke lelaki yang buat hati kau panas tadi tu abang aku?", soal Suzana dengan nada suara ingin tahu. "Ish betul lah! Kau ingat aku ni nenek-nenek ke cepat sangat lupa?", cebik Hanna sambil mengerutkan dahinya. "Hm pelik juga kenapa dia balik naik bas, kereta dia rosak ke?", Suzana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Tapi kan, kita dah berkawan lama tau Su, kenapa aku tak pernah nampak pun ye abang kau? Aku selalu nampak Kak Ina dengan Kak Zila je bila datang sini", soal Hanna. "Abang aku ikut mak cik aku dulu, menetap dekat Kanada. Mak cik aku takde anak. Abang aku pula memang manja dengan dia. Kan aku selalu pergi bercuti dekat Kanada setiap cuti sekolah, kitaorang pergi menjenguk dia lah tu", terang Suzana. "Oh, mak ayah kau benarkan makcik kau bawa abang kau menetap kat Kanada?", soal Hanna ingin tahu. "Aku pun pernah tertanya juga dulu tapi ayah aku kata mak cik aku dulu sakit. Tekanan perasaan lepas keguguran, lepas tu doktor sahkan yang dia tak boleh mengandung lagi dah. Bila abang aku manja sangat dengan dia, dia jadi tak boleh berenggang dengan abang aku. Pak cik aku pula terpaksa pergi Kanada atas urusan kerja. Ayah dengan mak aku cerita pak cik aku siap melutut kat ayah aku nak minta izin bawa abang aku sekali menetap kat Kanada. Dia siap janji nak datang Malaysia setiap cuti sekolah lagi! Tapi dia datang Malaysia 3-4 kali je rasanya. Lepastu, kitaorang yang selalu datang jenguk diorang. Mak aku boleh tahanlah sedih sebab rindu. Alhamdulillah hubungan aku dengan abang aku rapatlah juga walaupun kitaorang jarang berjumpa", terang Suzana tanpa tidak meninggalkan apa-apa informasi penting. "Baiknya mak dengan ayah kau. Abang kau dulu pun rela je lah nak ikut mak cik kau?", soal Hanna, ingin mengetahui lebih lanjut. "Kan aku dah kata dia dengan mak cik aku memang manja. Umur dia masa tu pun dah 4 tahun atau 5 tahun kalau tak silap aku. Masa tu aku baru pandai berlari, mak aku kata lah. Aku mula rapat dengan dia pun masa aku umur 5 tahun, kitaorang melawat dia dekat Kanada. Masa tu lah aku tahu rupanya aku ni ada seorang abang kandung", terang Suzana panjang lebar lagi. "Complicated nya kisah abang kau ni. Jarak umur kau dengan dia berapa? Dia datang sini buat apa?", soal Hanna lagi. "Memang complicated. Jarak umur aku dengan dia lima tahun. Dia anak ketiga. Pak cik dengan mak cik aku dah berhijrah kat Malaysia semula dah. Abang aku kata dia nak duduk rumah ni selalu, dia nak rapat dengan kitaorang. Dia balik rumah pak cik dengan mak cik aku setiap hujung minggu je, kadang-kadang dia tak balik pun sebab kitaorang ajak dia pergi jalan-jalan", sengih Suzana setelah menghabiskan ayat terakhirnya. "Mak cik kau boleh terima ke abang kau tak nak balik rumah dia?", soal Hanna lagi. "Kau memang berminat betul ya dengan kisah abang aku ni?", Suzana ketawa kecil. "Aku dah tahu kos apa yang kau patut ambil! Kos kewartawanan!", cadang Suzana sambil menunjukkan jari telunjuknya ke atas. "Ish kau ni, tak nak aku!", balas Hanna sambil tersengih-sengih. "Mak cik aku dah okay kot. Entahlah, lambat laun dia kena sedar juga yang abang aku masih ada mak ayah kandung yang sayangkan dia", Suzana menjawab soalan Hanna yang tidak terjawab tadi. "Ohhhh! Su, pinjam laptop aku nak buka blogger aku kejap. Rumah aku tak ada internet lah. Ayah aku belum bayar!", cebik Hanna sambil membuat gaya 'Tangan di bahu, mata ke atas'. |
Disclaimer
No harsh word please ! ![]() Tagboard
Shout out loud ! ![]() A.K
Awan Kasih ![]() 4 Credit Card
Big clap for them... ![]()
![]() Picture take from : ![]() Linkies code : ![]() Big Helped : ![]() |