Teylady's Mind
Awan Kasih Part 11
Wednesday, 19 November 2014 • 05:35 • 0 comments

       Matanya melekap di skrin komputer ribanya. Tangannya lincah memasukkan kepingan keropok kentang kedalam mulutnya. Tiba-tiba tumpuan Hanna yang sedang asyik menonton drama Korea kegemarannya, yang dibintangi oleh pelakon kegemarannya Park Bo Geum terganggu apabila telefon bimbitnya berdering.

       "Hanna! Kau dapat tak invitation pertunangan Shahir dengan Maria?", tanpa memberi salam, Suzana mengajukan soalan dengan terburu-buru.

       Soalan gadis itu dibiarkan sepi untuk seketika. Akhirnya, Hanna menjawab dengan acuh tak acuh, "Dah".

       "Kau okay ke tak ni?!", separuh teriak, suaranya itu membingitkan telinga Hanna Umairah.

       "Aku dah move on lah, please ah", Hanna menegaskan suaranya. Kriak kriuk, mulutnya masih mengunyah keropok kentang.

       "Alhamdulillah, aku tak nak kau menangis macam dulu lagi", Suzana menghembuskan nafas lega.

       Seukir senyuman terukir di bibir Hanna Umairah. Syukur, dia dikurniakan sahabat yang sangat prihatin dengan dirinya. Persahabatan yang telah dibina oleh Suzana dan Hanna diibaratkan seperti tembok besar di China. Bukan sekali, tapi banyak kali dah, ada sahaja dugaan yang datang menerpa, menguji persahabatan mereka, namun persahabatan mereka masih utuh hingga kini.

       Pernah tiba satu detik di mana Hanna rebah di pangkuannya, menangisi takdir cinta monyetnya yang berakhir dengan penuh sadis dan drama. Shahir Haizad mengakui bahawa dirinya pernah menyukai Hanna Umairah, namun perasaannya berubah setelah dia berkenalan dengan Maria Adilla.

       Pada saat itu, Suzana lah satu-satunya insan yang mengetahui kisah sebenar dan insan yang sentiasa berusaha untuk memberi semangat kepada Hanna. Bila difikirkan semula, Hanna tertawa sendiri. Menyesali ketidak matangannya pada waktu itu. Membazirkan air matanya untuk seorang lelaki yang tidak layak untuk ditangisi.

       "Tapi kan, aku cadang nak melaram habis ah time majlis diorang tu. Pastu...", ayat Hanna terbantut. Masih ragu-ragu apakah keputusannya itu betul atau tidak.

       "Pastu apa? Kau ni selalu macam ni kan, cakap sekerat-sekerat", Suzana mendengus marah.

       "Aku nak ajak abang kau teman aku untuk malam tu boleh?", lembut suara Hanna mengajukan soalan.

       Suzana terkejut. Ingin sahaja dia berlari mendapatkan abangnya untuk menceritakan khabar bahagia tersebut. Namun, dia masih tetap dapat mengawal keterujaannya. Dengan nada suara yang tenang, dia menjawab soalan rakannya itu, "Boleh kot, kau tanya lah dia sendiri. Kot kot lah dia ada hal ke".

       "Tapi aku segan lah, dia ada cakap benda pelik lah kat aku time dinner hari tu. Aku tak tahu nak percaya ke tak", mukanya merona kemerahan.

       "Abang aku cakap apa?", Suzana mengajukan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya. Dia teringat waktu Amri Danial balik daripada makan malam bersama rakannya tempoh hari.

       "IBU, Am rasa Am dah jumpa lah calon menantu yang sesuai untuk ibu", Amri Danial melentokkan kepalanya di paha ibunya yang sedang ralit melipat kain.

       "Siapa? Ibu kenal ke?", Puan Masyitah tersengih melihat kerenah anak lelakinya itu. Terubat sungguh rindu di hatinya itu apabila Amri Danial bermanja sebegitu rupa. Kadang-kadang dia takut sekiranya tanpa disedari dia lebih memanjakan Amri Danial berbanding anak-anaknya yang lain.

       "Hm Am takleh nak kasi tahu sekarang. Am takut dia reject Am lah bu", Amri Danial mengusik-usik lipatan kain ibunya itu.

       "Alaa bang, hati dia tu cepat cair sebenarnya. Ego je tinggi tu", Suzana yang tiba-tiba muncul dengan sebuah mug kaca berisikan air milo di tangannya menyampuk perbualan mereka.

       "Su yakin ke kalau abang berusaha lebih-lebih macam ni, dia tak annoyed dengan abang?", Amri Danial segera bangun. Tangannya pantas merebut mug kaca daripada tangan adiknya.

       Suzana mendengus kecil melihat sikap abangnya itu. "Ish, dah dinner kat restoran mewah pun nak cilok air orang juga?".

       "Abang haus lah! Nebes sangat tadi", alasan Amri Danial itu telah berjaya membuat Suzana ketawa kecil.

       SUZANA dikejutkan semula daripada lamunannya apabila telefon bimbitnya berdering. Segara ditekannya punat hijau untuk menerima panggilan tersebut.

       "Su, apahal weh? Kau diam je tadi, pastu tetiba phone mati!!", sedikit kerisauan kedengaran daripada nada suaranya.

       "Ala kredit aku dah habis lah tu! Tadi memang tinggal seringgit lebih je", Suzana menjawab lemah.

       "Dah lah, aku nak sambung tengok cerita I want to marry him ni. Aku tak tahulah kenapa senyuman Park Bo Geum ni mengingatkan aku kat abang kau", Hanna ketawa kecil di hujung ayatnya.

       "Amboi, maknanya kau sukalah senyuman abang aku ni?", senang hati Suzana sekiranya gadis itu memberi sedikit ruang di hatinya untuk abangnya, Amri Danial.

       "Eish, ke situ pula! Dah lah bye", Hanna segera mematikan talian. Direnungnya kembali senyuman aktor kegemarannya itu. Hatinya makin terusik, fikirannya lalu teringatkan senyuman Amri Danial. Tangannya memicit-micit skrin telefon bimbitnya. Menaip mesej, lalu dihantarnya tanpa ragu-ragu. Entah dari mana keberanian itu datang.

       'Hye, sorry kacau. I nak minta tolong you sikit boleh tak?'

       Tidak selang beberapa minit, si penerima mesej membalas mesej tersebut, menyebabkan Hanna tersengih seperti kerang busuk. "Nak tunggu lama sikit ke eh? Ke terus je balas", "Hm balas je lah sekarang", omel Hanna sendirian.

       'Anything for my pwincess' - Annoying A

       'Alamak, saya bukan putewi. Hahahah seriuslah!'

       'Seriuslah ni, Hanna nak abang tolong apa?' - Annoying A.

       Hampir terlopong mulut Hanna membaca mesej terakhir tersebut. Kaku tangannya hendak membalas, tangan kirinya diletakkan di posisi jantungnya.

       "Kenapa jantung aku berdegup laju sangat ni? Chill lah Hanna! Amende kau ni?! Ah apasal, tetiba ber'Hanna-Abang' dengan aku ni?!", Hanna bermonolog, mengajukan soalan kepada dirinya sendiri. Digagahkan dirinya untuk berlagak selamba dan membalas mesej tersebut.

       'Teman I pergi majlis pertunangan kawan I boleh? Su pun ikut sekali. I just want a man to tag along with us'

       'Okay, abang jadi bodyguard korang ke apa ni nanti? Hahaha' - Annoying A

       'Nope, be someone special for me on that night can you? Just for that night only! Pls pls pls'

       'Taknak' - Annoying A.

       'Tapi you kata 'anything' :<'

       'I dont want to be someone special for you for only one night. Can you be my girl for forever?' - Annoying A.

       'Stop it, youre getting too far with your jokes ya know?'

       'I'm not joking or having fun pranking on your feelings rn. Amri Danial bin Muhammad Khalid is truly in love with Hanna Umairah' - Annoying A.

       Hati Hanna bagaikan dipanah busur cinta. Dia kagum dengan keberanian lelaki tersebut, namun perbualan tersebut dibiarkan tergantung sampai di situ sahaja. Maruahnya sebagai seorang gadis haruslah dijaga, Hanna Umairah ingin memikirkan sebaik mungkin akan keputusan yang akan dibuatnya, mungkinkah hatinya akan terbuka untuk memberi sedikit ruang untuk dihuni Amri Danial? Atau masihkah Shahir Haizad yang berjaya menghuni hati tersebut?



Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :