

|
Awan Kasih Part 10
Friday, 14 November 2014 • 16:48 •
0 comments Assalamualaikum! Entry kali ni diupdate melalui phone juga! Segala kesilapan ejaan harap dimaafkan lah ya. Enjoy reading! Mug kaca yang berisikan air Nescafe itu digapai oleh Hanna Umairah. Dihirupnya seteguk lalu diletakkan semula di atas meja. Sudah menjadi rutin hariannya untuk mengemas rumah pada setiap pagi. Walaupun dulu dia merupakan seorang anak dara yang cukup pemalas, kini dia sudah berubah menjadi seorang gadis yang matang, 'gadis melayu terakhir' gitu. Namun, sejak pertemuannya dengan Amri Danial tempoh hari membuatkan dirinya seperti tidak keruan. Encik Rohaizad menepuk bahunya daripada belakang. Hanna sedikit meloncat, mulutnya menjerit kecil kalimah Allah. "Hai, anak dara ayah ni asyik mengelamun je? Kak Na tengah dilamun cinta ye?", Encik Rohaizad menarik kerusi meja di dapur itu lalu melabuhkan punggungnya. Puan Rosmizah muncul di muka pintu dapur. "Sejak keluar dinner dengan budak Amri tu haa bang dia asyik mengelamun je", Puan Rosmizah menjawab bagi pihak anaknya. "Jadi betul lah Kak Na tengah dilamun cinta ni?!", Encik Rohaizad membulatkan matanya, membuat muka teruja. "Manade! Ibu ni memandai je eh! Mana ada Hanna asyik termenung je. Hanna fokus buat kerja tau!", Hanna menghayunkan tangannya, menunjukkan pose ala-ala wira dunia. "Boleh percaya ke ni?", Encik Rohaizad mengecilkan matanya, memberi pandangan sinis terhadap anak gadisnya itu. "Ayah kenapa tutup mata yah?", Hanna melambai-lambaikan tangannya di hadapan ayahnya. "Oh Kak Na perli ayah ye! Mentang-mentang mata dia tak sepat sebab ikut ibu!", Encik Rohaizad memaut leher Hanna, lagaknya seperti hendak mengusti tetapi sebaliknya, dia menggeletek anak gadisnya itu. Mereka tiga anak beranak memecahkan kesunyian pagi itu dengan gelak tawa mereka. "Kak Na, jom pergi sarapan. Ayah rindu lah roti canai mamak", Encik Rohaizad meletakkan tangannya di bahu Puan Rosmizah. "Ibu pun dah lama tak makan Roti Tisu. Pergi kejut adik dengan Kak Yana kamu tu", Puan Rosmizah melentokkan kepalanya di bahu suaminya. 'Amboi, pagi-pagi dah bermanja-manja depan anak sendiri', detik hati kecil Hanna. Dia mengatur langkahnya ke tingkat atas untuk mengejutkan adiknya Maizatul Sara dan kakak sulungnya Izara Liyana daripada tidur mereka. "Cakap dengan diorang takyah mandi! Cuci muka tukar baju je! Jangan lambat!", Puan Rosmizah sedikit menjerit agar anaknya boleh mendengar suaranya daripada tingkat atas. "Okay!", Hanna menyahut, memberi pengetahuan bahawa dia sudah mendengar arahan ibunya itu. ENCIK Rohaizad merupakan seorang pemandu yang sangat berhemah dan berdedikasi. Tali pinggang keselamatannya dipakai sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut keretanya. Destinasi sarapan mereka hari ini ialah Restoran Maju Meera. Mata Hanna terus menangkap sepasang susuk tubuh kepunyaan pemuda yang memakai baju t-shirt Adidas dan seluar trek berwarna hitam. Matanya bertemu dengan mata lelaki tersebut. Terkejut. Pergerakan tangan lelaki itu yang tadinya asyik menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya kini terbantut. Ingin sahaja Hanna memujuk ayahnya untuk makan di restoran lain. "Assalamualaikum pak cik, mak cik", Amri Danial segera bangun mendapatkan Encik Rohaizad lalu bersalaman dengannya. "Kamu ni abang Suzana kan?", Encik Rohaizad mengukirkan senyuman lalu mempelawa Amri Danial untuk makan semeja bersama mereka. "Em maaflah pak cik, saya kena cepat sebab ada janji dengan orang. Nasi lemak saya pun dah nak habis dah ha. Maybe next time", Amri Danial menjawab dengan sungguh sopan, tidak seperti perbualan biasanya dengan rakan-rakan sebayanya. "Oh it's okay! Jumpa lagi ye", Encik Rohaizad bersalaman sekali lagi dengan Amri Danial lalu mendapatkan meja untuk seisi keluarganya. Hanna berjalan di belakang sekali. "Hye, I know you tak mandi lagi", Amri Danial membisik perlahan ketika Hanna berjalan melepasinya. Hanna sekadar memberikan jelingan bengkek. Amri Danial menyuap suapan terakhirnya lalu beredar pergi daripada restoran tersebut. "So, what is your relationship with him, Kak Na?", Izara Liyana memulakan perbualan mengenai pemuda itu tadi. "Apa? Kak Na takde apa-apa hubungan ok dengan dia!", muka Hanna merona merah. "Tapi ibu cerita Kak Na pergi dinner dengan dia. Kalau takde apa, kenapa muka sampai merah macam tu?", Izara Liyana makin gian mengusik adiknya itu. "Eee mana ada apa-apa", kedua-dua tangannya menutup mukanya. Hatinya benar-benar tidak keruan apabila nama lelaki itu disebut di hadapannya. "HANNA, biar I terus terang je lah ye, hati I dah terpaut dekat you and I nak kenal you dengan lebih rapat. I know, I macam terburu-buru sangat tapi I takut kalau I tangguh-tangguh nanti hati you dah sangkut dengan mamat lain, so I better fast kalau nak tackle hati you. Am I right?", Amri Danial mengejutkan Hanna dengan luahan hatinya itu. "Ha?", Hanna kelihatan keliru. 'Aku dalam mimpi ke ni? Dia cakap dia suka aku ke ni?', detik hati kecil Hanna. 'No, you are in the reality Hanna! Say something to him', Hanna menyedarkan dirinya sendiri daripada lamunannya. "Apa ni, awak dengan saya baru je kenal", disebabkan terlalu gementar, Hanna tiba-tiba menggunakan kata ganti nama diri 'saya, awak'. "Sebab baru kenal lah I nak terus tackle you", Amri Danial menongkatkan mukanya dengan kedua-dua belah tangannya. Senyumannya cukup untuk mencairkan hati Hanna. Tetapi Hanna tetap tidak mudah mengalah, sentiasa berpegang teguh dengan prinsipnya untuk tidak mudah jatuh cinta. "Are you trying to flirt me?", Hanna menjeling Amri Danial. "You rasa?", sengihan Amri Danial makin menjadi-jadi. "Kalau you pandang I macam tu lagi, I balik", Hanna semakin tidak selesa dengan tenungan Amri Danial. "Hahaha okay fine. You patut rasa bertuah tau, I tak pernah tenung perempuan lain macam tu", Amri Danial menjamah semula makanannya. "I lagi rasa bertuah kalau you tahu jaga pandangan you", Hanna menghabiskan suapan terakhirnya. "Wow, deepnya! Hati I terluka", Amri Danial menunjukkan muka yang sedih. Hanna tersengih kecil melihat raut wajah Amri Danial lalu dia menghirup jus tembikainya untuk menyembunyikan sengihannya itu. Amri Danial hanya tersenyum melihat telatah gadis yang sudah mempunyai tempat di dalam hatinya itu. .................... Hanna Umairah sedang leka membelek-belek komik-komik kepunyaan arwah abangnya, Fikri Hasnal. Dia dengan abangnya mempunyai hobi dan minat yang sama. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menandakan terdapat mesej baru. Tangannya laju mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas katil. 'Hai Nana' - Shahir Haizad 'Hai! Whatsup', Hanna membalas mesej itu dengan sepantas kilat. 'How r you? Hihi' - Shahir Haizad. 'Kau apahal ni hahahaha tetiba je tanya aku 'how r you' hahah' 'Aku nak jemput kau sebenarnya, hihi' - Shahir Haizad 'Jemput apa?' 'Aku dengan Maria nak bertunang. Minggu depan, Sabtu 8pm. Majlis kecil-kecilan je kat rumah Maria' - Shahir Haizad. "Bertunang?!", air mata Hanna hampir saja berderai jatuh membasahi pipinya. 'Okay! Aku mesti datang punya lah! Hihi', peritnya. Berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku padahal hatinya terluka. 'Datang tau! Kitaorang nak sangat kau datang. Kau kawan baik aku, kau juga kawan baik dia. We love you so mucho Nana' - Shahir Haizad. 'Apa?! Korang nak tengok aku menderita ke tengok korang bahagia kat majlis tu nanti?!', Hanna menaip mesejnya, namun dia tidak tega untuk menghantar mesej sebegitu rupa. 'I'll come! I promise! I gtg, ttyl' - Hanna menghentikan perbualan itu. Lelah. Dia lelah dengan perasaannya sendiri. Kenapalah dia perlu jatuh hati dengan lelaki seperti itu? Disebabkan peristiwa inilah Hanna berubah menjadi seorang yang susah untuk jatuh cinta. Betapa seriusnya perasaannya terhadap Shahir Haizad, hanya dia dan tuhan yang tahu. 'Biarlah rahsia ni, sakit ni, bebanan ni aku yang pendam sendiri'
|
Disclaimer
No harsh word please ! ![]() Tagboard
Shout out loud ! ![]() A.K
Awan Kasih ![]() 4 Credit Card
Big clap for them... ![]()
![]() Picture take from : ![]() Linkies code : ![]() Big Helped : ![]() |