Teylady's Mind
Awan Kasih Part 12
Sunday 23 November 2014 • 11:56 • 0 comments

       Sedang jejaka ini masih asyik dibuai mimpi, jam penggeranya berbunyi bertalu-talu. Memang itulah rutin hariannya, sentiasa bangun tepat pada pukul 5:30 pagi. Mujurlah, dia seorang yang senang untuk dibangunkan daripada lenanya. Dicapainya tuala yang bergantung di belakang daun pintu biliknya, lalu beredar pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.

       Jejaka itu kelihatan segak setelah mengenakan baju melayu yang disediakan khas untuk dipakainya ketika hendak menunaikan kewajipan kepada yang Esa. Azan subuh telah berkumandang, dia mengatur langkahnya ke kamar ahli keluarganya, mengejutkan mereka daripada lena untuk bangun menunaikan solat Subuh berjemaah.

       "Ibu mana? Tak solat sekali ke?", Amri Danial mengajukan soalan tersebut setelah matanya gagal mencari susuk tubuh milik ibunya, sedangkan ahli keluarga lain sudah pun berkumpul di ruang solat untuk menunaikan solat Subuh berjemaah.

       "Ibu kata ibu cuti solat", Encik Khalid berdiri di sisi anak lelakinya itu, menepuk bahunya sebagai tanda bahawa dia ingin anaknya yang menjadi imam pada hari tersebut.

       "Ibu cuti?!", bulat matanya terbuntang, lagaknya seperti terkejut besar.

       "Kamu ingat ibu tu dah monopos ke?", Encik Khalid tertawa melihat wajah terkejut anak lelakinya itu.

       "Jom lah solat", Amri Danial mengukirkan senyuman kepada ayahnya sebelum berpaling menghadap ke arah kiblat untuk mengimamkan solat Subuh.

       Amri Danial segak mengenakan baju kemaja Giordano berwarna hitam berserta seluar slack dan kasut edisi terhad Dr. Cardin. Kereta Audi A4 yang dihadiahkan oleh mamanya dipacu laju ke arah destinasi yang dituju.

       "Ye encik, boleh kami bantu", seorang pekerja Hotel Grand Garden mengajukan soalan setelah menyedari kehadiran Amri Danial yang sedang berdiri sambil melemparkan pandangan kosong ke arah salah seorang pekerja hotel tersebut.

       "Saya nak jumpa orang, dia janji nak jumpa kat lobby hotel tapi takde pula. Can you call her room please?", Amri Danial mengukirkan senyuman setelah menghabiskan ayatnya.

       "And her name is?", pekerja hotel itu segera memeriksa senarai pelanggan hotel tersebut.

       Belum sempat Amri Danial menjawab soalan tersebut, seorang gadis yang mengenakan t-shirt lengan pendek berwarna putih dan seluar jeans pendek memeluknya daripada belakang. Seperti sudah lali, Amri Danial tidak terkejut dengan tindakan gadis tersebut.

       "I've told you a million times not to hug me. Don't even touch me. Please respect and understand that I am a muslim, Catherine" Amri Danial meloloskan dirinya daripada pelukan gadis genit itu.

       "But I really really miss you. Let me feel the heat of your body", tangan halus gadis yang berwarganegara Kanada itu cuba untuk mencapai tangan Amri Danial, namun cubaannya tidak berjaya apabila Amri Danial segera mengelak.

       "No, I'm really sorry. What are you doing in Malaysia? And did you come here alone?!"

       "I miss you Danial, I can't stop thinking about you! Your mom told me you wont come back to Canada! How dare you leave me like this?!", gadis itu menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.

       Amri Danial berlalu pergi, mendahului langkah ke arah lobi hotel. Catherine hanya membuntutinya. Sesiapa sahaja yang menyaksikan kejadian ini akan beranggapan bahawa Amri Danial merupakan seorang lelaki yang kejam terhadap perempuan, padahal jejaka ini sedang cuba mengawal imannya untuk tidak melakukan larangan Allah.

       Amri Danial menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya, aksinya itu ditiru Catherine. Amri Danial memandang gadis itu dengan pandangan kosong, fikirannya sedang ralit memikirkan ayat yang sesuai untuk dibicarakan.
       "Danial, I'm getting married", Catherine menuturkan ayatnya, seiring dengan titisan air matanya yang mengalir membasahi pipi cengkungnya itu.

       "That's good! Finally, you've met your true love!", Amri Danial berlagak selamba.

       "No! You are my true love! Please help me talk to my mother", Catherine memaut lengan Amri Danial selamba.

       "Catherine....please come to your sense. It is better for you to marry someone that love you", Amri Danial melepaskan pautan gadis itu.

       "You're being meaner than before! Did you meet that girl already?!", Catherine mendengus kesal.

       Dengan mata yang bersinar-sinar serta senyuman di bibirnya yang kian melebar, Amri Danial menjawab dengan jujur, "Yup, and I'm planning to marry her soon. I don't know, I think I'm truly in love with her".

       Bukanlah niat lelaki ini untuk menyakiti hati Catherine, malah dia tidak ingin terlalu berlembut dengan gadis itu dengan niat gadis itu tidak akan menaruh harapan terhadap dirinya. Sementelah, ibu bapa Catherine tidak menyetujui pilihan anak gadis mereka atas sebab-sebab tertentu.

       "Fine, I'm going back to Canada. Don't regret it when you watch my happiness in the future!!", Catherine bingkas bangun daripada tempat duduknya.

       "Cathy Cathy Meow, I would love to see you happy. I'm sorry for hurting you", Amri Danial tidak membontotinya, sengaja dikuatkan suaranya agar gadis itu boleh mendengar.

       Kepalanya segera dipalingkan ke arah suara Amri Danial, air matanya berderai laju membasahi pipinya. Catherine menjerit kecil, "Don't call me that, I hate you Danial!".

       Amri Danial memerhatikan susuk tubuh itu pergi hingga hilang daripada pandangannya. Dia mengeluh kecil, tangannya menyeluk sakunya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Amri Danial ingin sekali menelefon Hanna Umairah pada saat itu, ingin mendengar suara gadis itu, ingin mengusik gadis itu. Amri Danial sangat menyukai telatah dan peribadi Hanna. Perasaan yang telah dipendamnya selama ini, akhirnya diperjuangkan kini.

       "GAMBAR siapa ni dik?", Amri Danial membelek album sekolah adiknya. Pandangannya terpaut pada seorang gadis molek berkulit cerah, berlesung pipit di pipi kanannya. Seperti berpasangan, Amri Danial mempunyai lesung pipit di pipi kirinya.

       "Tu Hanna, kawan baik Su", Suzana menjawab ringkas.

       "Oh", Amri Danial lalu sekadar mengangguk-anggukkan kepalanya. Sejak daripada hari itu, Suzana semakin rajin berborak mengenai kehidupannya dengan abangnya, termasuklah detik-detiknya bersama kawan baiknya, Hanna Umairah.

      



Disclaimer
No harsh word please !


Hello, my short name is Teylady, the long one is Teylady Tralala. Okay, my e-novel will be writen in Malay Language only. And, please give me your comment based on my story for me to improve it. Thanks for reading this, behave yourself and enjoy!




Tagboard
Shout out loud !






A.K
Awan Kasih


1 2 3
4



Credit Card
Big clap for them...


Skin by :
Picture take from :
Linkies code :
Big Helped :